Pages

The truth are inside of the pictures

Nov 18, 2013

Menghadkan penggunaan kereta selama 7 hari.

Dalam membaca pelbagai isu yang terjadi di Internet, ada la satu isu yang saya terbaca tentang "America Dollar VS India Dollar". Ada seorang penulis page dalam facebook yang buat kajian tentang ekonomi Amerika. Semamangnya beliau sedang menulis permasalahan yang berlaku dalam krisis ekonomi India, tapi selepas di teliti ia bukan sahaja ekonomi di India, malahan ia berkaitan juga dengan ekonomi negara kita di mana penyaluran sumber ekonomi yang terbesar kepada Amerika adalah minyak kenderaan. Negara Malaysia sibuk dengan kempen memboikot barangan Israel dan Amerika, lepas tu dengan isu harga kereta dan minyak yang tinggi tapi haruslah kita kaji bahawa lagi besar kereta yang kita pakai, lagi banyak minya digunakan dan lagi banyaklah keuntungan yang disalurkan kepada Amerika. Adakah mereka menganggap Dollar itu sangat bernilai kepada mereka? Sejak 1970 dulu lagi Amerika telah berhenti menilai dollar dengan emas. Bagi mereka, wang kertas dollar hanya sekadar kertas yang di cetak.

"The U.S. Dollar has lost 80% of its value since 1971. Fixing the value of the dollar to a weight unit of gold is the best way to give a stable value to the dollar over the long run. The gold standard creates a stable dollar." rujukan sila click sini

Apa yang kita tahu pula, Arab Saudi merupakan pengeluar petroleum ke 2 terbesar yang di export ke Amerika selain Canada.

"Saudi Arabia exported an average of 1.4 million bbl/d of total petroleum liquids to the United States through the first 10 months of 2012 (up from 1.2 million bbl/d for calendar year 2011), accounting for 16 percent of total U.S. crude oil imports. Saudi Arabia ranked second after Canada during that time as a petroleum exporter to the United States. sila rujuk disini

Dari sini kita boleh lihat hubungan antara Arab Saudi dan Amerika telah terjalin dan rapat kira-kira sejak 1930an dulu. Kerajaan Arab Saudi menjalinkan hubungan keselamatan raja-raja dan bala tenteranya dan digantikan sebagai rakan kongsi petroleum. Lihat website ini

Bagi permasalahan negara kita tentang harga minyak tinggi, harga kereta naik, sedangkan masih lagi ramai yang membeli kereta baru dan bukan sahaja kereta yang sederhana dan juga memboikot barangan-barangan yang diimport dari barat. Adakah ia berkesan? Berapa peratus sahaja rakyat yang benar-benar menjalankan kempen ini? Tetapi adakah kita lihat penggunaan kenderan setiap hari, walaupun destenasinya hanya selangkah dari rumah (kedai runcit, kedai topup, dsb) pun masih mahu menggunakan kereta. Ada juga yang membuang masa pergi melepak dan hanya mahu menunjuk-nunjuk betapa hebatnya kereta mereka. Tapi kita lupa wang yang kita salurkan untuk minyak kereta itu pergi ke mana? Memang kita mempunyai petroleoum kita sendiri seperti Petron atau Petronas. Tetapi berapa peratus sahaja rakyat yang menggunakan minyak dari syarikat tempatan? dan berapa ramai pula yang menggunakan syarikat luar seperti SHELL? Ini bukanlah masalah harga minyak naik atau harga kereta tinggi atau tidak membeli barangan tempatan.